Thursday 21 February 2013

Set cadar 3

Kepada peminat set cadar bersulam....janji telah kukotakan!!
Ni dia set cadar bersulam yg ke 3.
Set cadar ni aku sulam semasa berumur 24 tahun...masa tu aku tengah buat persiapan
untuk majlis perkahwinan.Abang aku pun nak kawin jugak....kena buat kenduri serentak.
So aku kena sulam 2 set cadar pengantin.Bukan tak boleh beli,tapi sengaja nak menjahit
sendiri.Nak tunjuk bakat ler konon...maklumler hari kenduri..mesti ramai kaum hawa
nak jenguk bilik pengantin.
Set cadar aku punya kaler pink,abang aku pula kaler merah...
Dapat pulak idea nak menyulam benang emas.Hajat di hati nak menyulam atas
kain baldu,entah macammana terbeli pulak kain satin.Motif bunga orkid menjadi
pilihanku.

Sekuntum bunga orkid yg besar kat penjuru cadar....
Set cadar ni tak ada sarung bantal....nak bagi nampak kelainan pulak dah...
Semasa nak pasang cadar tu,ambil jer bantal lain...sembunyikan kat bawah!!
So senang ler...jimat sikit masa aku...tak payah nak buat bantal cantik2.
Yg ni cuma nak pasang hari kenduri jer. Nanti kena sulam 2 set lagi untuk
pakai seharian. Penat jugak.....
Aku buat jer sepasang cushion dan letak kat kepala katil....
Nanti cushion tu boleh letak atas sofa...tak ler nampak kosong sangat katil tu..
Motif sulaman segemal padi...
Mentang2 ler aku ni anak Kedah jati,mana boleh lupa kat pokok padi...he..he..
Cadar ni tak ada ropol....aku cuma sulam biku dan sekuntum bunga berselamg
satu biku...
Sekarang ni mata aku dah berbinau kalau nak menyulam benang emas.Rasa dah
tak sanggup.Tapi benang emas tu boleh digantikan dengan benang sulam warna
keemasan...

5 comments:

  1. cantik nye cadar sulam merah ini ... dah 24 tahun tepi tengok macam baru ... kak aku punye cadar merah macam ni ke ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...ha..Toretto,u punya cadar merah jugak tapi kan benangnya u nak kaler putih...bunganya pun lain..nanti siap kak upload ler

      Delete
    2. ok terima kasih kak ...i tunggu next suprise ya ...hehe ...

      Delete
    3. oh kak cadar pengantin kain ni guna jenis satin ke ...

      Delete
    4. Mula2 kak nak guna kain baldu...ala sulaman tekat benang emas cara tradisional kat Perak tu,tapi terbeli kain satin pulak...

      Delete