Saturday 26 January 2013

Operate anai anai

Jangan terkejut! Pelik tapi benar....
Ini semua anak aku punya tesis lerr...cuba bayangkan anai2 yg kecik tu nak dioperate.
Kat mana nak cari anai2 ni? Cari kat bawah pasu bunga pun takde....
So anak aku ajak balik kampung, cari anai2.
Ni dia dah jumpa rumah anai2.Orang utara panggil pongsu....orang selatan panggil
busut....
Keras sangat pongsu ni...maklumlah dah lama hujan tak turun kat Kedah ni.
Anak nak buat tesis, mak nyer pulak yg kena korek pongsu.Mana la anak
dara aku yg lemah gemalai tu nak buat keja ni...
Kena pakai cangkul mata tiga la pulak.Mujur kat kampung ada benda ni.
Tu dia dah jumpa dah anai2 tu....tapi macammana nak pegang...kepalanya besar
 jugak...ada macam sepit pulak tu.Agaknya yg ni tentera dia kot....
Ha...ha....dah jumpa tempat anai2 beradu....alamak, macam raja la pulak...nak beradu.
Macam ni baru senang nak ambil....
Dah dapat satu tapaw anai2....kena lapik dengan tisu lembab...takut depa mati pulak.
Bukan main seronok anak aku, dah dapat yg dicari....kena letak daun kering dan
sedikit tanah...kesian kat depa....nanti takdak makanan.Lecturer cakap kena bela
sampai dua minggu baru boleh operate. Kena bagi depa menyalin kulit dulu.
Macam macam laa...aku pun tak penah tau.
Anak aku ni ambil Degree in Biologi....macam2 nak kena belajar.Nasib baik la
aku dan dia jenis manusia yg suka binatang.Masa kecik dulu aku suka pegang
katak puru, tapi la ni dah geli pulak....
Cuba tengok sarang anai2 ni....lubang2 tu semacam dengan kerawang yg aku sulam.
Pandai sungguh makhluk ciptaan Allah ni.
Kesian kat hampa anai2 oii...mintak ampun laa,aku bukan nak bunuh hampa...
Aku ambik sikit saja keluarga hampa pasai nak buat kajian....
Yg kaler putih tu baby anai2. Syok jugak dok perati depa....teringat pulak zaman
kanak2 aku.Dulu aku suka main tanah pongsu yg masih lembut tu.Bangun pagi2
aku terkam kat pongsu,bukan apa...anai2 suka buat kerja waktu malam...bila pagi2
pongsu tu dok lembut lagi.
Aku curi acuan kuih raya mak punya, lepas tu boleh ler terap kat tanah pongsu...
Buat biskut ceri konon....aku ambil bunga yg kecik2 jadikan ceri...hi..hi..
Rasa seronok jadi budak2 zaman dulu.Budak2 sekarang mana nak tau semua ni.
Lambat lagi nak kena operate anai2 ni. Anak aku tengah dok cuti semester...
Nanti cuti Tahun Baru Cina baru anak aku balik ke UITM Shah Alam....
Orang bercuti, dia pulak sibuk nak operate anai2....macam2 ler depa belajar...
tak tau pulak nak boleh kerja apa.....

Pure marine collagen 2

Pure marine collagen yg kujual....murah saja 1 paket 100g cuma RM 15.
Seperti yg kukatakan dalam entri sebelum ni, belum cuba belum tahu....
Kini dah lebih sebulan kuamalkan makan collagen ni....kesannya ketara sekali.
Punggung berasa kencang dan pejal....eeeh takkan nak tunjuk kat sini..tak sopan
lerr....payudara pun terasa lebih pejal....best sangat2.
Kedutan pada leher pun dah berkurangan....kulit pada wajah dah semakin licin.
 Kedutan bawah mata pun dah kurang....
Teruja sangat dengan PMC ni, maka ramai pulak jiran2 yg nak membelinya.
Maka aku pun jual dengan harga yg murah jer...saja nak tolong kawan2.
Ha...ni yg dah siap direbus. Ada yg kata leceh nak kena rebus...
So aku pun jual pulak PMC yg dah direbus. Wangi betul baunya.
Aku dah masukkan air daun pandan,sebab tu ler wangi...macam puding pulak.
1 tapaw cuma RM 4. Dah cukup murah ler tu....

Tuesday 22 January 2013

Biku ala flintstone

Ni baju cikgu Hanis....bikunya ala2 flintstone....
Macam2 sekarang ni....fesyen zaman batu pun jadi ikutan. Tapi mujur jugak bajunya
 tak jadi sebijik macam baju manusia zaman batu....
Setiap biku bentuknya tak sama...aku sengaja nak sulam macam tu....biar nampak
macam handmade....
Yang ni pulak bahagian tangan baju. Semuanya biku dua lapis....
Upahnya tersangatlah murah....untuk sulaman biku cuma Rm 45 sahaja...
Sesiapa yg nak upah leh ler call 013 5870535

Monday 14 January 2013

Dodol alaf baru

Dodol alaf baru
Dodol ni mudah dan cepat nak membuatnya....cuma 15 minit dah siap 1 kg dodol yg
sedap....
Caranya sangat mudah....guna jer fresher cooker Amway.
Ni dia fresher cooker Amway.....cuma RM 695...sangat berbaloi kerana mudah
dan cepat nak memasak.
Mai kita tengok macam mana nak buat dodol lemak manis.
Bahan2nya:
2 cawan santan pekat
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung pulut
sedikit garam
Cara2 membuatnya:
Masak gula merah dan putih bersama santan. Kacau hingga hancur. Masukkan garam.
Kacau lagi. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk....tapis dan masukkan ke dalam blender. Blend dengan tepung pulut.
Ni dia rupanya...adunannya nampak pekat sikit.
Kemudian masukkan ke dalam fresher cooker.
Tutup periuk dan tekan butang start...tekan butang steam selama 5 minit.
Buat kerja lain sementara menunggu ia masak. Periuk tu akan berbunyi tet....
tet...tet...jangan takut...memang ia berbunyi macam tu. Bila dah siap 5 minit
ia akan berhenti secara automatik.
Butang warm reheat akan menyala seperti di atas.Buka tudung periuk dan kacau
sebentar.Lihat rupanya seperti di bawah.
Kemudian tutup semula dan tekan balik butang steam selama 5 minit.
Sekarang dah siap 10 minit...rupanya seperti di atas.
Ulang sekali lagi. Tekan semula butang steam selama 5 minit lagi.
Tu dia dah siap dodol....licin dan berkilat....sedap pulak tu...
Tak payah ler kacau sampai 8 jam macam cara tradisional. Boleh buat jual pulak
tu....Beli periuk mahal2 kena la jual hasilnya...he..he...
Satu tapaw ada ler 1/2 kg dodol. Dijual dengan harga Rm 6 sahaja....
Mari2....murah2....
Ada customer yg nak dodol tengah dok hangat....so hantar kat dia dalam keadaan
tudung tapaw terbuka...kalau ditutup nanti berkuap la pulak....

Thursday 10 January 2013

Set cadar

Sarung bantal bersulam
Ada sorang customer tu nak set cadar ala orang dulu2....penuh dengan bunga sulaman,
tapi cadarnya tiada beropol2....ala cadar orang tua2....tapi yang menempah tu orang muda.
Macam2 la pulak selera orang. Aku ikut saja apa yg orang nak....
Ni cadarnya....kain tu bidang 45 inci, so kena ler ubung bagi besar. Tapi tak lah
nampak penghubungnya sebab aku dah tindih dengan sulaman tulang...
Agaknya orang ni dah boring tidur atas cadar yg beropol...nampak bolos jerr kat bawah
tu.Tak kisah ler janji orang tu suka....aku dapat duit....he...he...
Cuma ada 2 biji bantal jerr....kain yg diberikan tak cukup.Diaorang cakap kain tu
cuma lebihan kain curtain.
Sesiapa nak tempah leh call 013 587 0535

Wednesday 2 January 2013

Agar2 kering

Agar2 kering
Agar2 kering ni termasuk dalam kategori halua...selalunya orang tua2 saja yg pandai
membuatnya. Tapi orang muda pun boleh tahan juga...kita ni dah jadi cucu cicit,takkan
nak biarkan ia luput ditelan zaman.Maka aku pun mencubalah resepi turun temurun ni.
Gambar yg di atas ni agar2 gulung....
Ni dia resepi agar2 kering:
1 paket agar2, anggaran 1 tahil (lebih kurang 35 gram)
1 kg gula pasir
250g gula batu
8 cawan air
pewarna yg disukai
Senang jerr nak memasaknya...
Masak agar2 dengan air sehingga larut
Kemudian masukkan gula pasir dan gula batu
Masak lagi sehingga mendidih,gunakan api yg perlahan
Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk
Terap dengan acuan yg disukai atau potong dengan pisau
Yang merah tu aku tambah strawberry flavour....supaya rasanya ala2 orang muda.
Yang kuning pula perasa pisang.Kenalah jemur tengah panas supaya kering dan
naik bunga gulanya.Selalunya kena jemur 3 hari, tu pun kalau cuaca panas lerr.
Ni dia agar2 kipas....yg ni masak dengan air daun pandan. Baunya harum semerbak.
Kalau yg putih pula boleh tambah laici flavour....
Nak tau macam mana nak buat agar2 gulung?
Kalau nak buat agar2 gulung, kena lerr kurangkan airnya sebanyak 2 cawan.
Lepas tu kena masak lama sikit....sampai nampak bertali....maksudnya kalau
cedok tu nampak pekat dan tak menitik cepat2.
Bila dah pekat,sendukkan ke dalam tudung periuk. Jangan banyak,cuma 1 senduk jerr.
Lepas tu boleh ler gulung agar2 yg nipis tu. Step ni yg paling susah nak buat.
Kena betul2 sabar nak menggulungnya....silap2 haribulan tak menjadi...
Bila dah gulung, biarkan sekejap.Kemudian boleh ler potong menyerong dan jemur
kat panas matahari.
Yang ni aku hentam saja kaler kuning campur dengan merah. Bila dah kering
baru nampak tone warnanya. Kaler ni sesuai dimasukkan perasa oren.....bukan
 apa, aku padankan flavour dengan kalernya supaya budak2 suka makan benda
ni...tak la boring asyik makan satu flavour jer...