Thursday 21 February 2013

Set cadar 3

Kepada peminat set cadar bersulam....janji telah kukotakan!!
Ni dia set cadar bersulam yg ke 3.
Set cadar ni aku sulam semasa berumur 24 tahun...masa tu aku tengah buat persiapan
untuk majlis perkahwinan.Abang aku pun nak kawin jugak....kena buat kenduri serentak.
So aku kena sulam 2 set cadar pengantin.Bukan tak boleh beli,tapi sengaja nak menjahit
sendiri.Nak tunjuk bakat ler konon...maklumler hari kenduri..mesti ramai kaum hawa
nak jenguk bilik pengantin.
Set cadar aku punya kaler pink,abang aku pula kaler merah...
Dapat pulak idea nak menyulam benang emas.Hajat di hati nak menyulam atas
kain baldu,entah macammana terbeli pulak kain satin.Motif bunga orkid menjadi
pilihanku.

Sekuntum bunga orkid yg besar kat penjuru cadar....
Set cadar ni tak ada sarung bantal....nak bagi nampak kelainan pulak dah...
Semasa nak pasang cadar tu,ambil jer bantal lain...sembunyikan kat bawah!!
So senang ler...jimat sikit masa aku...tak payah nak buat bantal cantik2.
Yg ni cuma nak pasang hari kenduri jer. Nanti kena sulam 2 set lagi untuk
pakai seharian. Penat jugak.....
Aku buat jer sepasang cushion dan letak kat kepala katil....
Nanti cushion tu boleh letak atas sofa...tak ler nampak kosong sangat katil tu..
Motif sulaman segemal padi...
Mentang2 ler aku ni anak Kedah jati,mana boleh lupa kat pokok padi...he..he..
Cadar ni tak ada ropol....aku cuma sulam biku dan sekuntum bunga berselamg
satu biku...
Sekarang ni mata aku dah berbinau kalau nak menyulam benang emas.Rasa dah
tak sanggup.Tapi benang emas tu boleh digantikan dengan benang sulam warna
keemasan...

Saturday 9 February 2013

Sapra 2

Sapra...
Yg ni koleksi sapra yg masih kusimpan...
Mood tengah elok la katakan, boleh ler nak menyulam bunga sampai keliling
sapra.Masa ni aku tengah bertunang, kebetulan tunang baru saja balik....apa lagi
aku senang nak dapat idea....Pagar rumah boleh disulam jadikan bunga!
Ibarat aku ni bunga yg sedang mekar, tapi kena kurung dalam pagar....tak boleh
nak keluar dengan tunang.Ayah ku melarang keras aku keluar dengan tunang,
bukan macam anak dara zaman sekarang....so senang nak dapat ilham.
Bunga di atas pagar...
Lambat jugak nak menyulam sapra ni...
Nak kena ukur bagi tepat jarak pagar ni...so kena lakar dulu pagarnya,baru
lukis bunga...nak menyulam pun macam tu jugak. Kena sulam pagar dulu
baru boleh sulam bunga.
Sesiapa nak tempah leh sms 013 5870535
Harganya rm 50 termasuk kain...boleh pilih kalernya.

Wednesday 6 February 2013

Set Cadar 2

Set cadar
Yang ni dah berusia 23 tahun....cadar pengantin aku punya!
Atas permintaan seorang peminat dari Sarawak....aku uploadkan cadar ni.
 Terimakasih banyak2 Torento yg sudi berbalas2 sms setiap hari....
Ha....ni dia bantalnya....entah berapa hari aku menyulam set cadar ni...dah lupa...
Aku cuma buat dua biji bantal tidur dan sebiji bantal peluk.Bukan apa...dah tak
sempat....macam2 nak kena jahit. Hantaran perkahwinan pun nak buat sendiri.
Ropol tu aku buat secara menarik benang....ala orang tua2 la konon.
Ni dia ropol bantal....masa tu tengah rajin, sulam bikunya kecil2...tambah bunga
padi pulak tu. Sebab tu la lambat sangat nak menyulamnya....last2 dua biji bantal
jer.Yang dua biji lagi tak siap sampai hari ni....teruk betul!
Teringin nak bubuh manik,tapi tak sempat nak letak kat semua daun....
Ni bunga kat cadar pulak...
Ropol cadar aku buat dua lapis...semuanya kedut ala tarik benang.
Kalau sekarang aku dah tak sanggup buat macam ni...sekarang ni dah ada mesin
yg boleh buat kedut macam ni.Tapi mana aku ada mesin tu....
Biku pada ropol cadar....
Yg ni namanya biku tiga....aku sulam setangkai bunga padi pada setiap biku.
Waktu buat cadar ni aku baru 24 tahun....kalau sekarang...jenuh nak lenguh
tengkuk dan pinggang.....sebab biku tu panjang sangat...keliling cadar. Entah
berapa meter dah tak ingat.
Ni dia bantal peluknya....
Bantal yg aku guna sekarang ni dah mengecut....sebab tu nampak tak cantik
bila disarungkan.Dulu2 mak aku buat bantal pengantin dengan kabu.Sekarang
ni susah nak cari kabu yg ori.
Nantikan kemunculan set cadar yg ke 3....
Semoga peminatku...Toretto berpuashati....


Tuesday 5 February 2013

Cucur Jawa

Cucur Jawa
Kuih ni ada orang sebut cucur jawa,ada juga panggil cucur tuang....yg ni yg aku tau.
Kalau kat negeri lain tak tau la pulak...mungkin orang Jawa yg mula2 buat kuih ni
tu yg dipanggil cucur jawa.
Senang saja nak membuatnya...tak payah pakai acuan.....pakai tuang saja adunannya.
Sebab tu orang tua2 panggil cucur tuang.
Bahan2nya:
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
Cara2 membuatnya:
Masak gula merah bersama 2 caw air sehingga hancur..kemudian tapis.
Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend sehingga hancur.
Biarkan adunan berehat semalaman.
Keesokan harinya barulah boleh digoreng.
Cedok 1 senduk dan tuang perlahan2 ke dalam kuali yg berisi minyak panas.
Api hendaklah sentiasa sederhana.
Terbalikkan supaya masak dengan sekata.
Bentuknya akan terjadi dengan sendiri....kembung kat tengahnya...kat dalam
pula berongga2.

Monday 4 February 2013

Sapra

Motif bunga rose.....yg ni boleh disulam pada sapra dan sarung bantal...
Sapra ni aku sulam semasa aku belum kawin lagi.Lagi empat bulan nak kawin aku
dah tak menerima tempahan sulaman.Macam2 benda kepunyaan sendiri nak disulam.
Ada ler 10 helai sapra sempat disulam....almaklumlah zaman dulu2...pengantin baru
kena makan dalam rumah, bukannya ada meja pengantin macam sekarang.
Ni dia gambar penuhnya....ada empat tompok bunganya...
Setengah orang suka sulam dua tompok bunga sahaja....nak jimatkan kos la tu...
Cuba tengok pandangan dari dekat...
Aku sulam dengan benang cincang....biru bercampur putih...tak payah nak tukar
benang macam2 kaler...bukan apa...takut tak sempat nak jahit 10 helai sapra sebab
hari perkahwinan dah nak dekat...
Sesiapa nak tempah boleh ler...murah saja...sehelai rm25 sahaja...tak termasuk belanja
pos....tapi selalunya aku pos guna courier service....cuma rm6 atau rm7 sahaja....
Kainnya aku yg beli....cuma bagitau kalernya saja...
Untuk tempahan sila pm 013 5870535