Thursday 27 December 2012

Kuih lompang

Kuih lompang
Kuih lompang ala Ct....yg ni lubangnya mesti dalam. Setengah orang buat lompang
langsung takde lubang. Mai kita try buat....
Ni resepinya:
3 cawan tepung beras....cap bunga @ cap gajah
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air kapur
6 helai daun pandan
4 cawan air
sedikit kelapa parut
Cara2 membuatnya:
Blend daun pandan bersama air, kemudian tapis.
Masukkan semula ke dalam blender, masukkan tepung dan gula serta air kapur
Kemudian kacau sebentar di atas api anggaran 15 minit
Masukkan ke dalam acuan lompang yg sudah panas....
Acuan lompang mesti benar2 panas,kalau tidak lubangnya tidak menjadi
Biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari acuan
Sedap dimakan bersama kelapa parut yg digaul dengan garam.

Wednesday 19 December 2012

Pure marine collagen

Pure marine collagen
Satu hari seorang jiran datang menjual rumpai laut Sabah, entah dari mana diambilnya.
Teruja sangat mendengar penerangan yg diberikan tentang khasiatnya, maka aku pun
membelinya sepeket....100g.Harganya rm 35. Bila dah beli baru ler teringat nak check
dalam internet....jengok punya jengok terjumpalah....rupa2nya kalau order online lagi
murah! Tapi kena order secara borong la pulak. Borong pun boronglah...boleh kongsi
dengan kawan2. Maka aku pun order 2 kg, harganya cuma rm 200...bermakna 100g
cuma rm 10....
Ha....tu dia rupanya....order yg kaler purple dapat pulak yg bercampur dengan kuning.
Yg kaler purple tu lebih berkhasiat dari yg kuning....adusss...nak buat macam mana lagi.
Beginilah rupanya rumpai laut yg tengah gah orang dok makan sekarang.
Sepinggan tu 100g, baunya seakan sotong kering....kucing pun dok mengiau
teringin nak rasa.....
Untuk menghilangkan baunya yg kuat kena ler basuh 4-5 kali dengan tepung gandum.
Sambil meramas PMC tu tekak aku dah meloya....tapi bila teringat khasiatnya aku gagahi
jugak lerr.Kononnya dapat mengencangkan payudara! Belum cuba belum tahu....
Setelah dibasuh, rendam pulak semalaman. Bekas yg nak direndam kena ler besar
sebab PMC tu mengembang 2 kali ganda.
Ni yg dah ditoskan. Nampak cantik pulak kalernya....sayang nak makan....
Lepas ditoskan, kena ler rebus pulak. Sekali rebus 100g...rebus dengan 2.5 liter
air tapis.

Dah dapat idea untuk mewangikan lagi PMC. Aku rebus dengan air daun pandan.
Tapi setelah direbus kaler hijau dah hilang....jadi kalau daun pandan nak bertanding
dengan PMC, daun pandan yg kalah. Dapat ler seperiuk PMC. Bila sejuk baru simpan
dalam peti ais. Rupanya macam jelly....100g boleh tahan sampai sebulan...tu pun kalau
seorang jer yg makan.Makan 3 camca besar waktu pagi semasa perut masih kosong dan 
sebelum tidur pada malamnya.










Sunday 16 December 2012

Apam nasi sejuk

Apam nasi sejuk
Ada macam2 apam dalam dunia ni....haa...yg ni guna nasi sejuk tau
Resepinya,
3 caw nasi yg dah sejuk (bukan yg disimpan dalam peti ais )
1/4 buku ragi....ragi tu yg digunakan utk membuat tapai
4 caw tepung beras
1 1/2 caw gula
3 caw air
sepaket eno....eno tu yg ori....tiada flavour

Cara2 membuatnya
Hancurkan ragi kemudian gaul dengan nasi sejuk, masukkan dalam tupperware dan tutup
rapat....biarkan semalaman ( 24 jam ) yg ni kira tapai nasi sejuk lerr
Blend tepung beras dan gula bersama2 air
Kemudian masukkan tapai tadi...blend lagi sehingga sebati....
Masukkan ke dalam tupperware dan biarkan 12 jam, tupperware tu kenalah besar sikit
sebab tepung tu akan naik berganda...
Keesokan harinya barulah boleh dikukus....sebelum kukus, masukkan sepaket eno dan
 kacau rata2...kemudian kukus cepat2...
Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong...
 Gaul dengan kelapa parut yg telah dimasukkan sedikit garam
Kalau nak kukus dalam acuan lompang pun boleh

Wednesday 12 December 2012

Sulaman baju kebaya

Sulaman baju kebaya





Sulaman tangan baju kebaya
Harga sulaman rm 60
Sila hubungi 013 5870535 untuk tempahan

Friday 7 December 2012

Sulaman baju kurung 2

Sulaman pada badan baju kurung....
Yang ni motif sulaman bunga orkid, customer nak biku tanpa bunga kat bahagian tangan.
Murah jer....rm 40
Sila hubungi 013 5870535 untuk menempah...

Thursday 6 December 2012

Sulaman pesak baju kurung

Sulaman pesak baju kurung

Yang ni sulaman pada tulang pesak baju kurung.
Selalunya ada dua tujuan untuk menyulam tulang pesak....
Firstly untuk mencantikkan lagi baju tu.....untuk menarik perhatian la katakan...
Untuk menonjolkan sulaman tulang, selalunya customer menggunakan kain plain
atau yg berbunga jarang2.....
Secondly....untuk memperbaikki pesak baju yg pecah.
Tak kiralah baju tu dibuat dari kain yg murah atau mahal...
Kekadang kain yg mahal pun boleh pecah pada tulang pesaknya.
Sebelum dipakai nampak cantik, tapi sekali pakai dah terkoyak.....terpaksalah
disulam pada ke tiga2 tulang....dah tak kisah ler baju tu plain atau sarat berbunga2.

Sulaman tulang pesak murah jer.....harga mengikut designnya...
Kalau macam ni dipanggil sulaman bunga padi empat penjuru.
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535


Wednesday 5 December 2012

Shuttle

Shuttle
Yg ni alat untuk menyulam tatting......bukan senang nak mencarinya....
Cari punya cari, terjumpalah kedai online kat Kota Kinabalu....bestnya
dapat juga kuteruskan hobi ibuku zaman 60an dulu.
Satu set barharga rm 19.90....kira ok la tu
Shuttle yg diorder dah sampai, apalagi......pecuttttt....pergi rumah mak.
 Bestnya dapat belajar tatting dengan mak.
Nanti kutunjukkan hasilnya.......sabar yer
Jenuh juga nak memahami benda yg tak pernah kubuat......rasa kekok tanganku ini.
Masuk hari ke tiga barulah berjaya!


Tuesday 4 December 2012

Sulaman baju kurung

Sulaman baju kurung
Yg ni sulaman pada bahagian bawah baju kurung....kat tangan cuma biku sahaja
Customer tak suka kerawang, tapi bunganya sarat juga.
Upahnya tersangatlah murah.....cuma rm 50
Sesiapa nak tempah leh call 013 5870535

Sunday 2 December 2012

Knitting

Tudung TV zaman dulu2....
Ari ni memunggah almari...terjumpa la pulak tudung tv yg kukait zaman dulu2.
Sayangnya kalau dibuang....zaman sekarang orang dah tak boh penutup tv.
TV zaman sekarang sudah canggih...cuma gantung kat dinding ajer.
Baik kusimpan elok2 benda ni, manalah tau kot2 satu ari nanti boleh digunakan
kembali....

Khasidah ala Ct

Khasidah ala Ct

Kuih khasidah ada berbagai2 rupa dan rasa....
Khasidah ala Ct ni rasanya lain dari yg lain....belum cuba belum tau...

Bahan2nya:
4 caw tepung gandum
8 caw santan
2 caw gula
2 biji telur
3 camca besar majerin
4 caw air
1 tin susu cair
sedikit garam
bawang goreng secukupnya

Cara2 membuatnya:
Blend telur, gula dan santan
Masukkan susu cair, garam dan tepung....blend lagi
Masukkan ke dalam periuk, kemudian tambah air dan majerin
Kacau perlahan2 di atas api yg sederhana sehingga mendidih
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bawang goreng

Kerawang 005

Kerawang 005

Sulaman kerawang beserta manik dan tampalan kain
Cuma rm 50 untuk 2 belah tangan baju..
Hubungi 013 5870535 untuk tempahan

Kerawang 004

Kerawang 004

Rm 50 untuk sulaman 2 belah tangan baju
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535

Kerawang 003

Kerawang 003

Sulaman bunga dan kerawang beserta kipas cina...
Sulaman pada tangan baju kurung
Harga special....rm 50 sahaja !
Hubungi 013 5870535 untuk tempahan

Saturday 1 December 2012

Puding nangka

Puding nangka

1 paket agar2 ( anggaran 30g )
9 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
sedikit garam
2 helai daun pandan
1 mangkuk nangka yg telah dihiris halus

Cara2 membuatnya;
Masak agar2 dengan air sampai hancur, masukkan sekali daun pandan
Masukkan susu, gula, garam dan nangka
Biarkan sehingga mendidih....
Kemudian masukkan ke dalam acuan
Biarkan sejuk.....

Puding biskut 4 segi

Puding biskut 4 segi

Bahan2nya:
20 keping biskut 4 segi
1 tin susu cair
4 biji telur
1 caw gula pasir
3/4 tin air
1 cam teh esen vanilla
secubit garam
3 camca besar gula untuk dihanguskan

Cara2 membuatnya;
Ambil 3 camca besar gula dan taburkan ke dalam loyang. Letakkan di atas api
yang sederhana dan kacau sehingga hangus...ketepikan.
Blend telur dan gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, blend lagi.
Patahkan biskut dan blend dengan susu tadi. Jangan blend terlalu lama....
Masukkan air,esen vanilla dan garam, kemudian blend lagi.
Masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit...
Selamat mencuba....

Friday 30 November 2012

Kerawang 002

Kerawang oo2
Rm50 untuk 2 belah tangan baju...
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535

Kerawang ombak laut 001

Kerawang ombak laut 001
Sulaman pada tangan baju.....harga termurah di pasaran!
Cuma rm 45 untuk 2 belah tangan baju.....
Boleh poskan baju yg nak disulam,selepas selesai menyulam  anda hendaklah
emailkan slip pembayarannya.....kemudian saya akan poskan kembali kepada
anda.
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535

Puding

Puding koktail.
1 tapaw cuma Rm 1.....
Penghantaran percuma sekitar Jitra dan Alor Setar....
Sapa nak order please call....013 5870535
Minima tempahan 50 unit
Harga boleh dikurangkan jika tempahan melebihi 100 unit
Yang ni pula puding koktail dalam cup....sesuai untuk hidangan pengantin.
1 cup cuma Rm 2 sahaja...
Cup puding mesti dipulangkan atau gunakan cup empunya sendiri...
Buah utk hiasan boleh disesuaikan mengikut kehendak customer

Monday 26 November 2012

Design sulaman 2

Yang ni design bunga orkid, sesuai untuk menyulam baju kebaya.
Dah lama aku melukisnya....tak ingat dah tahun bila. Seingat aku bunga ni aku sulam
baju kebaya adik Puan Fauziah, boss JKR Ukur Bahan. Upahnya pun dah tak ingat.
Punyalah lama disimpan....sampai digigit lipas!



Ni design bunga rose....lama punya design. Yang ni aku sulam kat baju mini kurung.
Bunga yg besar tu jahit kat atas bahu, yg kecil menurun ke bawah.Dah tak ingat dah
mungkin sulam kat kiri dan kanan leher kut....
Rasa2nya aku sulam kat baju Puan Fauziah....dia tu jadi customer sejak aku baru kawin
sampai sekarang...dah 22 tahun.Sampai naik pening nak memikirkan design yg sesuai
dengannya.....orang jadi boss la katakan, bajunya mesti nampak lain dari yg lain.
Bunga ni aku sulam untuk 2 orang customer aja, tu yg nampak satu line merah dan satu
line hitam. Aku trace pakai hentam ja....aku letak kertas ni atas baju, pas tu kertas karbon
aku letak kat bawahnya....hentam saja pen apa yg ada.



Sunday 25 November 2012

cara2 menyulam bunga timbul

Firstly kita kena pastikan bentuk bunga yg nak disulam. Kemudian lakarkan pada kain
plain..pastikan warna kain sama dengan warna benang. Lepastu sulam satu2 kelopak
bunga seperti di atas. Sulam juga bentuk daun yg disukai.Kemudian gunting atau guna
shouldering iron untuk menanggalkan bunga dari kain tadi.
Sediakan kain asal yg hendak disulam. Di sini saya gunakan bahagian tangan baju kurung
seperti dalam gambar di bawah.

Tebuk dahulu bahagian kerawang supaya memudahkan kerja.
Kemudian boleh ler lekatkan kelopak bunga satu persatu....lekatkan daun di bawah
kuntuman bunga. Tak perlu gunakan gam, kita cuma jahitkan ajer bahagian tengah
urat daun dan bunga.


Cuba lihat gambar di atas, bila pandang dari sisi baru nampak jelas bunga tu dah timbul.
Lekatkan lebih banyak daun supaya garisan pemisah antara kerawang dan kain tidak kelihatan.


Jahit manik di atas daun dan bunga supaya nampak lebih berseri. Tapi yg ni customer
tak suka manik, so kenalah ikut kehendaknya....


Saturday 17 November 2012

Muka telekung

Mari kita belajar cara2 nak menjahit muka telekung
Firstly gunting kain seperti yg ditunjukkan di atas. Ukuran lebarnya 4 1/2 inci dan
panjangnya 16 inci.

Kemudian ambil renda kain yg berukuran 3 inci dan jahit secara kasar di atas kain tadi.
  
Tarik perlahan2 basi benang supaya menjadi kedutan. Tarik pada bahagian kiri dan
kanan kain supaya kedutannya sekata seperti dalam gambar di atas.
Step yg seterusnya.....ambil renda yg kecil dan jahit secara bertindih di atas renda
yg lebar tadi. Biku renda mestilah bertentangan seperti di atas.


Beginilah rupa muka telekung di bahagian dalam. Tandakan titik tengahnya.....
Kemudian sambungkan muka dengan badan telekung seperti di atas.

Jahitkan kekek ( bahagian dagu ) pada telekung. Ukuran dagu 4 1/2 inci x 4 1/2 inci.


Jahitkan tali pada kiri dan kanan telekung supaya kemas apabila dipakai.
Lepas tu boleh ler pakai....tengok tu,tak payah pakai anak telekung. Rambut
pun tak nampak.
Selamat mencuba......kalau rasa confuse boleh ler tanya....


Friday 16 November 2012

Telekung

Sulaman bunga telekung.
Kalau nak bagi cantik telekung tu kita boleh sulam 6 tompok bunga ni, barulah nampak lebat
bunganya.
Senang ja kalau nak cari idea, tengok bunga kat kain batik....kemudian kita ubahsuai
ikut selera sendiri.


Thursday 15 November 2012

Cushion

Cushion lama.....dah berusia 30 tahun....tapi masih boleh digunakan lagi.
Inilah first time aku buat cushion....semasa berusia 16 tahun. Bunganya
aku kait sekuntum2 kemudian jahit kat cushion. Masa remaja apa lagi nak
difikirkan.....tentulah bentuk love....he..he..

Sekarang ni kalau nak beli benang ni memang susah. Semua kedai kat Pekan Jitra
dah tak menjualnya. Semua kena order online...

Knitting

Alas meja.
Alas meja ni aku buat pada tahun 1983...masa tu baru lepas menduduki peperiksaan SPM.
Aku juga buat satu set chairback ikut design ni.Ibuku masih menggunanya sehingga kini.
Patern ni diberikan oleh kawan sekelasku semasa tingkatan empat lagi.Terima kasih kawanku
Aishah Abdullah yang dah lama tak kutemui, cari dalam facebook pun tak berjumpa.....
apa boleh buat....