Friday 30 November 2012

Kerawang 002

Kerawang oo2
Rm50 untuk 2 belah tangan baju...
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535

Kerawang ombak laut 001

Kerawang ombak laut 001
Sulaman pada tangan baju.....harga termurah di pasaran!
Cuma rm 45 untuk 2 belah tangan baju.....
Boleh poskan baju yg nak disulam,selepas selesai menyulam  anda hendaklah
emailkan slip pembayarannya.....kemudian saya akan poskan kembali kepada
anda.
Untuk tempahan sila hubungi 013 5870535

Puding

Puding koktail.
1 tapaw cuma Rm 1.....
Penghantaran percuma sekitar Jitra dan Alor Setar....
Sapa nak order please call....013 5870535
Minima tempahan 50 unit
Harga boleh dikurangkan jika tempahan melebihi 100 unit
Yang ni pula puding koktail dalam cup....sesuai untuk hidangan pengantin.
1 cup cuma Rm 2 sahaja...
Cup puding mesti dipulangkan atau gunakan cup empunya sendiri...
Buah utk hiasan boleh disesuaikan mengikut kehendak customer

Monday 26 November 2012

Design sulaman 2

Yang ni design bunga orkid, sesuai untuk menyulam baju kebaya.
Dah lama aku melukisnya....tak ingat dah tahun bila. Seingat aku bunga ni aku sulam
baju kebaya adik Puan Fauziah, boss JKR Ukur Bahan. Upahnya pun dah tak ingat.
Punyalah lama disimpan....sampai digigit lipas!



Ni design bunga rose....lama punya design. Yang ni aku sulam kat baju mini kurung.
Bunga yg besar tu jahit kat atas bahu, yg kecil menurun ke bawah.Dah tak ingat dah
mungkin sulam kat kiri dan kanan leher kut....
Rasa2nya aku sulam kat baju Puan Fauziah....dia tu jadi customer sejak aku baru kawin
sampai sekarang...dah 22 tahun.Sampai naik pening nak memikirkan design yg sesuai
dengannya.....orang jadi boss la katakan, bajunya mesti nampak lain dari yg lain.
Bunga ni aku sulam untuk 2 orang customer aja, tu yg nampak satu line merah dan satu
line hitam. Aku trace pakai hentam ja....aku letak kertas ni atas baju, pas tu kertas karbon
aku letak kat bawahnya....hentam saja pen apa yg ada.



Sunday 25 November 2012

cara2 menyulam bunga timbul

Firstly kita kena pastikan bentuk bunga yg nak disulam. Kemudian lakarkan pada kain
plain..pastikan warna kain sama dengan warna benang. Lepastu sulam satu2 kelopak
bunga seperti di atas. Sulam juga bentuk daun yg disukai.Kemudian gunting atau guna
shouldering iron untuk menanggalkan bunga dari kain tadi.
Sediakan kain asal yg hendak disulam. Di sini saya gunakan bahagian tangan baju kurung
seperti dalam gambar di bawah.

Tebuk dahulu bahagian kerawang supaya memudahkan kerja.
Kemudian boleh ler lekatkan kelopak bunga satu persatu....lekatkan daun di bawah
kuntuman bunga. Tak perlu gunakan gam, kita cuma jahitkan ajer bahagian tengah
urat daun dan bunga.


Cuba lihat gambar di atas, bila pandang dari sisi baru nampak jelas bunga tu dah timbul.
Lekatkan lebih banyak daun supaya garisan pemisah antara kerawang dan kain tidak kelihatan.


Jahit manik di atas daun dan bunga supaya nampak lebih berseri. Tapi yg ni customer
tak suka manik, so kenalah ikut kehendaknya....


Saturday 17 November 2012

Muka telekung

Mari kita belajar cara2 nak menjahit muka telekung
Firstly gunting kain seperti yg ditunjukkan di atas. Ukuran lebarnya 4 1/2 inci dan
panjangnya 16 inci.

Kemudian ambil renda kain yg berukuran 3 inci dan jahit secara kasar di atas kain tadi.
  
Tarik perlahan2 basi benang supaya menjadi kedutan. Tarik pada bahagian kiri dan
kanan kain supaya kedutannya sekata seperti dalam gambar di atas.
Step yg seterusnya.....ambil renda yg kecil dan jahit secara bertindih di atas renda
yg lebar tadi. Biku renda mestilah bertentangan seperti di atas.


Beginilah rupa muka telekung di bahagian dalam. Tandakan titik tengahnya.....
Kemudian sambungkan muka dengan badan telekung seperti di atas.

Jahitkan kekek ( bahagian dagu ) pada telekung. Ukuran dagu 4 1/2 inci x 4 1/2 inci.


Jahitkan tali pada kiri dan kanan telekung supaya kemas apabila dipakai.
Lepas tu boleh ler pakai....tengok tu,tak payah pakai anak telekung. Rambut
pun tak nampak.
Selamat mencuba......kalau rasa confuse boleh ler tanya....


Friday 16 November 2012

Telekung

Sulaman bunga telekung.
Kalau nak bagi cantik telekung tu kita boleh sulam 6 tompok bunga ni, barulah nampak lebat
bunganya.
Senang ja kalau nak cari idea, tengok bunga kat kain batik....kemudian kita ubahsuai
ikut selera sendiri.


Thursday 15 November 2012

Cushion

Cushion lama.....dah berusia 30 tahun....tapi masih boleh digunakan lagi.
Inilah first time aku buat cushion....semasa berusia 16 tahun. Bunganya
aku kait sekuntum2 kemudian jahit kat cushion. Masa remaja apa lagi nak
difikirkan.....tentulah bentuk love....he..he..

Sekarang ni kalau nak beli benang ni memang susah. Semua kedai kat Pekan Jitra
dah tak menjualnya. Semua kena order online...

Knitting

Alas meja.
Alas meja ni aku buat pada tahun 1983...masa tu baru lepas menduduki peperiksaan SPM.
Aku juga buat satu set chairback ikut design ni.Ibuku masih menggunanya sehingga kini.
Patern ni diberikan oleh kawan sekelasku semasa tingkatan empat lagi.Terima kasih kawanku
Aishah Abdullah yang dah lama tak kutemui, cari dalam facebook pun tak berjumpa.....
apa boleh buat....


Saturday 10 November 2012

Sulam manik

Sulaman manik pada tudung.
Sulaman ni boleh dibuat pada bahagian kiri dan kanan tudung...

Friday 9 November 2012

Ada aku kisah....


Cuba tengok design ni.....ada aku kisah...entah kertas mana aku ambil ni.
Zaman sebelum kahwin, buat kerja ikut suka hati ajer...kira dapat melukis sudah ler.
Yang paling penting aku dapat menyulam ikut design yg aku buat. Peduli apa dengan
kertas tu...bukan orang nak nampak. Tapi sekarang orang dah nampak! Hi....hiii....
Tapi tak kisah la kan, benda tu dah lama....sejak 1987 aku dah melukisnya.Design ni
sesuai untuk disulam alas meja.Sapa nak ambil ler.....aku tak kisah...janji dapat pahala.

Wednesday 7 November 2012

Design sulaman


Design ni sesuai untuk sulaman pada hujung lengan baju dan sulam telekung.
Penyulam mestilah pandai menyesuaikan warna benang yg disulam dengan baju.
Sulaman kerawang boleh diletakkan pada ruangan yg kosong...

Design untuk sulaman telekung dan baju.
Tengoklah.....dah terkoyak rabak. Almaklumlah aku lukis pada tahun 1987, tahun pertama
aku mula belajar sulam....masih anak dara lagi.....Senang saja nak cari ilham, tengok saja
bunga2 hidup yg ada di sekitar rumah mak.
Aku pula minat melukis, so tak ler susah sangat nak buat design. Walaupun masa dah berlalu
aku tetap menyimpan semua designku.....yg terkoyak tu bukan apa,anak kecilku yg koyak.
Memunggah laci dah jadi kegemaran budak2....biarkan ajer,mereka pun nak cari ilham
juga...he...he..
Ada banyak lagi design bunga2 hidup akan menyusul........nantikan kedatangannya!
Bunga raya bunga kebangsaan kita, tentu semua orang kenal kan..




Tuesday 6 November 2012

Sulam biku

Sulam biku pada hujung lengan baju.


Buku kesayanganku

Buku resepi zaman dulu2...

Dah 31 tahun kusimpan buku ni.Inilah satu2nya buku sekolah yg masih ku simpan dengan baik.
Sesetengah resepi masih kuamalkan sehingga kini.Semoga ia dapat kuwarisi kepada anak2ku..
 Almaklumlah setengah budak zaman sekarang....bila nak masak,kena buka buku resepi....


Resepi

Sayur goreng pokok kucing galak

Pokok ni tergolong dalam kategori tumbuhan herba.Kucing akan tertarik kepada akarnya....sebab tu di panggil pokok kucing galak. Ia berkhasiat untuk melawaskan pembuangan air besar. Selepas memakannya selama 6 jam, perut mula rasa memulas....bergantung kepada kuantiti yg kita  makan. Saya dah cuba....bagus jugak untuk orang yg sedang berdiet...hu...huu..







Inilah rupa pokok kucing galak...mungkinkah manusia pun akan jadi galak bila memakannya?
Tapi kucing cuma menjadi galak apabila menghidu bau pada akarnya...kalau nak tahu kenalah
mencubanya! Saya cuma biasa menggoreng daun dan batangnya sahaja.

Cara menggorengnya macam sayur2 lain ajerr.....



Kuih kacau sagu
Bahan2nya:         
2 cawan sagu
4 cawan .santan pekat
2 cawan gula
6 cawan air daun pandan
sedikit tepung jagung,anggaran 3 camca besar
sedikit garam
Cara2 membuatnya:
Basuh sagu dan rendam selama 1 jam
Toskan...masukkan semua bahan dalam periuk
Kacau dengan api yg sederhana selama 10 min
Kemudian masukkan gula...kacau lagi sehingga sagu benar2 kembang
Masukkan ke dalam acuan yg disukai
Biarkan sejuk....lepas tu....makan leerrr....

Alas meja

Alas meja yang kusulam selepas bersalin anak bongsu.
Lepas 4 bulan bersalin barulah aku start menjahit semula....tempahan belum ada,kenalah sulam empunya diri.Almaklumlah semua orang tau kita baru bersalin,takkan nak suruh menjahit kut.
Tak sempat nak beli kain yg colouring,hentam saja lebihan kain yg dibuat telekung he..he..
Hasilnya menjadi jugak.....perasan..



sulaman baju kurung 1

Teknik sulam tampal pada tangan baju kurung.
Nampak cantik,tapi renyah juga nak menyulamnya.Mula2 sulam bentuk daun dan bunga pada kain plain.Bentuk bunga tu kena sulam satu2 kelopak,kemudian gunting dan layur pada api lilin.Boleh juga menggunakan shouldering iron.Buat dulu kerawang pada lengan baju,kemudian lakukan proses menebuk hingga selesai.Selepas tu barulah letakkan bunga dan daun pada tempat yang sesuai.
Kemudian jahit manik di atas bunga dan daun supaya nampak lebih berseri.



 Sulaman pada tangan baju
Batu kristal dan manik menjadi penyeri sulaman...ada 2 kuntuman bunga yg tak disulam batu.
Ada customer yg tak suka sulaman terlalu sarat dengan batu.Begitu juga dengan manik, tak
semua bunga disulam manik.


Haa....ini pula corak kerawang yg tak pernah kutemui.
Ilhamku datang dengan tiba2....anak bogsuku memang rajin melukis. Semasa umur 6 tahun
kertas2 yg dilukisnya bertaburan kat lantai....dekat ngan mesin aku. Aku ternampak corak ni
diconteng2 barulang kali,apa lagi.....boleh ler dibuat kerawang! Maksudku corak yg kat tengah
tu...yg berpintal2...
 Kini anak bongsuku dah berumur 10 tahun, dah tak berminat nak menconteng2.....aku kena
cari ilham sendiri la pulak.
Baju ni kusulam 4 tahun yg lepas....cuma tinggal gambarnya aja....


Sulaman bunga carnation pada bahagian badan baju kurung.
Biku pada bahagian bawah baju sengaja disulam tidak sekata......supaya nampak
nilai2 seninya. So biku pada baju ni nampak tak serupa dengan biku baju customer
lain.
Sulaman pada tangan baju kurung.

Sulaman baju kurung


Hobi Zaman Remaja




Alas meja yang tak siap.....