Tuesday 6 November 2012

Resepi

Sayur goreng pokok kucing galak

Pokok ni tergolong dalam kategori tumbuhan herba.Kucing akan tertarik kepada akarnya....sebab tu di panggil pokok kucing galak. Ia berkhasiat untuk melawaskan pembuangan air besar. Selepas memakannya selama 6 jam, perut mula rasa memulas....bergantung kepada kuantiti yg kita  makan. Saya dah cuba....bagus jugak untuk orang yg sedang berdiet...hu...huu..







Inilah rupa pokok kucing galak...mungkinkah manusia pun akan jadi galak bila memakannya?
Tapi kucing cuma menjadi galak apabila menghidu bau pada akarnya...kalau nak tahu kenalah
mencubanya! Saya cuma biasa menggoreng daun dan batangnya sahaja.

Cara menggorengnya macam sayur2 lain ajerr.....



Kuih kacau sagu
Bahan2nya:         
2 cawan sagu
4 cawan .santan pekat
2 cawan gula
6 cawan air daun pandan
sedikit tepung jagung,anggaran 3 camca besar
sedikit garam
Cara2 membuatnya:
Basuh sagu dan rendam selama 1 jam
Toskan...masukkan semua bahan dalam periuk
Kacau dengan api yg sederhana selama 10 min
Kemudian masukkan gula...kacau lagi sehingga sagu benar2 kembang
Masukkan ke dalam acuan yg disukai
Biarkan sejuk....lepas tu....makan leerrr....

No comments:

Post a Comment