Tuesday 6 November 2012

sulaman baju kurung 1

Teknik sulam tampal pada tangan baju kurung.
Nampak cantik,tapi renyah juga nak menyulamnya.Mula2 sulam bentuk daun dan bunga pada kain plain.Bentuk bunga tu kena sulam satu2 kelopak,kemudian gunting dan layur pada api lilin.Boleh juga menggunakan shouldering iron.Buat dulu kerawang pada lengan baju,kemudian lakukan proses menebuk hingga selesai.Selepas tu barulah letakkan bunga dan daun pada tempat yang sesuai.
Kemudian jahit manik di atas bunga dan daun supaya nampak lebih berseri.



 Sulaman pada tangan baju
Batu kristal dan manik menjadi penyeri sulaman...ada 2 kuntuman bunga yg tak disulam batu.
Ada customer yg tak suka sulaman terlalu sarat dengan batu.Begitu juga dengan manik, tak
semua bunga disulam manik.


Haa....ini pula corak kerawang yg tak pernah kutemui.
Ilhamku datang dengan tiba2....anak bogsuku memang rajin melukis. Semasa umur 6 tahun
kertas2 yg dilukisnya bertaburan kat lantai....dekat ngan mesin aku. Aku ternampak corak ni
diconteng2 barulang kali,apa lagi.....boleh ler dibuat kerawang! Maksudku corak yg kat tengah
tu...yg berpintal2...
 Kini anak bongsuku dah berumur 10 tahun, dah tak berminat nak menconteng2.....aku kena
cari ilham sendiri la pulak.
Baju ni kusulam 4 tahun yg lepas....cuma tinggal gambarnya aja....


Sulaman bunga carnation pada bahagian badan baju kurung.
Biku pada bahagian bawah baju sengaja disulam tidak sekata......supaya nampak
nilai2 seninya. So biku pada baju ni nampak tak serupa dengan biku baju customer
lain.
Sulaman pada tangan baju kurung.

No comments:

Post a Comment