Wednesday, 19 December 2012

Pure marine collagen

Pure marine collagen
Satu hari seorang jiran datang menjual rumpai laut Sabah, entah dari mana diambilnya.
Teruja sangat mendengar penerangan yg diberikan tentang khasiatnya, maka aku pun
membelinya sepeket....100g.Harganya rm 35. Bila dah beli baru ler teringat nak check
dalam internet....jengok punya jengok terjumpalah....rupa2nya kalau order online lagi
murah! Tapi kena order secara borong la pulak. Borong pun boronglah...boleh kongsi
dengan kawan2. Maka aku pun order 2 kg, harganya cuma rm 200...bermakna 100g
cuma rm 10....
Ha....tu dia rupanya....order yg kaler purple dapat pulak yg bercampur dengan kuning.
Yg kaler purple tu lebih berkhasiat dari yg kuning....adusss...nak buat macam mana lagi.
Beginilah rupanya rumpai laut yg tengah gah orang dok makan sekarang.
Sepinggan tu 100g, baunya seakan sotong kering....kucing pun dok mengiau
teringin nak rasa.....
Untuk menghilangkan baunya yg kuat kena ler basuh 4-5 kali dengan tepung gandum.
Sambil meramas PMC tu tekak aku dah meloya....tapi bila teringat khasiatnya aku gagahi
jugak lerr.Kononnya dapat mengencangkan payudara! Belum cuba belum tahu....
Setelah dibasuh, rendam pulak semalaman. Bekas yg nak direndam kena ler besar
sebab PMC tu mengembang 2 kali ganda.
Ni yg dah ditoskan. Nampak cantik pulak kalernya....sayang nak makan....
Lepas ditoskan, kena ler rebus pulak. Sekali rebus 100g...rebus dengan 2.5 liter
air tapis.

Dah dapat idea untuk mewangikan lagi PMC. Aku rebus dengan air daun pandan.
Tapi setelah direbus kaler hijau dah hilang....jadi kalau daun pandan nak bertanding
dengan PMC, daun pandan yg kalah. Dapat ler seperiuk PMC. Bila sejuk baru simpan
dalam peti ais. Rupanya macam jelly....100g boleh tahan sampai sebulan...tu pun kalau
seorang jer yg makan.Makan 3 camca besar waktu pagi semasa perut masih kosong dan 
sebelum tidur pada malamnya.










No comments:

Post a Comment